Saturday, 27 August 2016

JOM KURUS IKUT CARA SAYA???

Jom Kurus Ikut Cara Saya?

Haha.. Patutnya saya buat entry ni 3 bulan lepas. Sebab masa tu saya masih kurus lagi (taklah kurus sangat. Biasa istilah 'kurus sikit' pada saya tu dalam 57 kg tapi last time dalam 60 kg). Tapi sekarang, saya dah gain weight dengan sengaja. Naik dalam 7-8 kg juga!

Tapi saya tetap nak tulis juga entry ni sebab nak 'tebus' janji dalam entry yang lepas.

Al-kisahnya macam mana saya boleh naik berat badan semula ialah sebab saya sedang handle satu program besar lebih kurang 2 bulan lepas. Kem kepimpinan je pun, bukanlah program apa sangat. Cuma yelah, bila kita jadi penyelaras program, selagi program tak berlangsung, selagi tulah nak kena fikir semua perkara dari sekecil-kecil hal. Alhamdulillah dah berlangsung akhir Julai lalu dan semuanya berjalan dengan lancar.

Kelemahan saya ialah, bila saya stress, saya akan makan banyak. Kawan saya kata, cara saya makan macam "tiada hari esok" bagi saya. Makanya, meroketlah kenaikan berat saya. Haha!

Cuma abang saya masih berjaya kekalkan berat badan dia. Dari 102 kg alhamdulillah berat abang saya kini dalam 80 kg. Saya turun berat hari tu sebab saya jadi 'jurulatih' tak bertauliah untuk abang saya. Tapi sekarang, dah tak layak ditauliahkan dan sebab saya sendiri yang kalah dengan nafsu makan 😅😅😅


In shaa Allah akan bermula semula program mengawal kalori dan work out untuk diri saya sendiri. Bukan untuk cantik, tapi untuk kesihatan yang utama. Sekarang ni selalu rasa cepat mengantuk dan letih sebab metabolisme badan dan semakin menurun. Kena boost up balik semangat lepas ni. In shaa Allah.

Saya bercadang, nak buat group Jom Kurus untuk TTCians. Tapi tak tahulah dapat sambutan ke tak. Risau saya yang syok sendiri. Haha. Ikut pengalaman saya, nak kurus cara sihat ni, memang sangat susah bila buat bersendirian. Tapi in shaa Allah, kalau buat berkumpulan, aura positif dan semangat tu akan ada. Itu cadangan saya. Free sahaja. Saya sharekan tips yang saya pelajari dari Kevin Zahri dahulu.

Kawan baik saya Azira, dah kembali semula lakukan aktiviti ini. Dia pun dah kurus balik. Serius rasa jeles! 




So kepada TTCian yang mungkin sedang berusaha nak kuruskan badan secara sihat, bolehlah email saya. Nanti kita bincang bersama 😆😆😆
Email: nurunnadiamasrom@gmail.com

Sayonara dan berjumpa di entry penebusan yang lain :D

Thursday, 9 June 2016

Being a mother at 30th after a long journey of TTC. JPNK: Part 4


Assalammualaikum w.b.t


Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan blogger dan readers yang disayangi. Macam ramai je readers yang baca!  

Sedari awal tahun 2016 sehinggalah ke hari ini, saya baru dapat merasa 'kelapangan'. Kelapangan dari kerja tentunya. Ada juga kerja yang mendatang waktu cuti begini, tapi taklah begitu membebankan. Mungkin saya perlu belajar bagaimana mengendali kerja dengan efisyen dan mengikut masa yang ditetapkan. Biasanya saya jarang sekali melepasi due date. Sama ada awal saya bermula, atau last minute, tetap saya siapkan sebelum atau pada tarikh yang telah disebutkan. Sesungguhnya, tekanan kerja last minute itu boleh menimbulkan segala jerawat naik di muka dan susu drop juga! Memang salah saya sendiri yang gagal mengurus masa dengan baik. Maka, sendiri merasa tekanan.


Sejujurnya, saya masih belajar lagi untuk mengadaptasi dengan kehadiran Nur Khadijah. Saya lupa adakalanya yang kini saya seorang ibu kepada seorang anak yang benar-benar wujud secara realiti dalam hidup saya. Lupa tu bukanlah maksudnya saya lupa daratan atau lupa diri. Lupa yang saya maksudkan ialah saya kononnya begitu 'gagah' untuk buat segala kerja macam sebelum saya ada Khadijah. Nak latih budak persembahan, sketsa, bawa pergi camping bagailah. Dan saya akan mengusung Khadijah juga ke setiap urusan saya itu sebab saya tak sanggup nak tinggalkan Khadijah. Sehinggalah pada suatu hari saya sedar (waktu tu saya sibuk melatih murid untuk ke pertandingan) dan Khadijah demam seminggu tidak kebah hingga perlu diwarded. Saya terfikir saat itu, adakah ini petanda yang saya perlu berhenti dari kerja-kerja sampingan seperti ini? Sejujurnya saya memang sangat minat dengan segala aktiviti yang melibatkan persembahan dan aktiviti luar. Tapi dalam masa yang sama, saya tak nak Khadijah terabai kerana minat saya itu. Susu saya juga beberapa kali drop bila saya agak stress. Dan Khadijah telah selamat pun menjadi anak susuan kepada anak saudara saya sendiri dikala bekalan susu Khadijah mula tidak mencukupi. Maafkan ibu Sayang :"(


Antara kenangan saya tahun ini. Mungkin dah perlu slow down selepas ini.

Nur Khadijah dan teater :)

Selepas susu saya mengalami kemeruduman, saya mula tumpukan semula perhatian saya sepenuhnya kepada Khadijah. Saya rasa mungkin ini tahun terakhir saya akan aktif dengan segala aktiviti ini. Saya bukanlah jenis yang pandai untuk menolak kerja yang diberikan. Tapi sekiranya saya diberi pilihan, dan ada guru lain yang sanggup melatih murid, saya mungkin akan tarik diri untuk menumpukan kepada Khadijah yang masih bergantung kepada susu ibunya.


Alhamdulillah, Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Selepas kerap melakukan power pumping setiap hari, stok susu saya kembali ada seperti biasa. Mencukupi untuk keperluan Khadijah setiap hari. Syukur, sehingga ke hari ini (hampir 13 bulan), saya masih lagi diizinkan-Nya untuk menyusukan Khadijah. Banyak perkara yang saya perlu korbankan untuk menjayakan penyusuan susu ibu demi Khadijah tersayang. Selain mengepam sewaktu memandu ke sekolah, saya perlu mengepam lagi 2 kali di bilik guru. Biasanya sekali akan diselitkan dengan sesi power pumping. Jadi, saya sangat jarang ke kantin atau merambu-ramba ke tempat lain. Saya bawa bekal ke sekolah, makan di bilik guru sambil mengepam. Habis kelas, saya akan bergegas ke bilik guru. Sekarang saya akan mengepam sepenuhnya di bilik guru kerana ada air-cond, perlu keadaan yang nyaman untuk rasa gembira and maintain supply memandangkan cuaca agak panas sekarang :D


Maka, kebanyakan waktu senggang saya akan diisi dengan menyudahkan segala kerja sambil mengepam susu. Tengok handphone di sekolah pun jarang sekali. Saya selalu rasa every single minute di sekolah sangat berharga. Saya akan isi sepenuhnya dengan buat kerja untuk hari itu atau hari berikutnya sambil mengepam. Jadi, adalah dilarang sama sekali untuk mengganggu waktu saya dengan ajak berbual panjang. Hehe. Tapi, kalau ada rakan yang memerlukan tempat meluah, saya akan menyediakan diri juga. Itu pun sambil mengepam (^ ^"). Cuma saya beringat juga, waktu saya sedang marah atau mulut mahu membebel bukan-bukan, saya akan tangguhkan dulu waktu mengepam. Kesian pula Khadijah minum susu 'tak berkhasiat' nanti. Hihi.


Tanpa saya sedar, sudah hampir setahun juga saya jadi katak bawah tempurung di sekolah. Begitulah rutin saya hari-hari, mengusung berbeg-beg setiap pagi (beg pam, beg bekal makanan, dan beg sekolah) sehingga selalu orang pandang dengan rasa kasihan. Dan bila balik terus bergegas menyimpan susu di chiller untuk bekalan keesokannya dan terus 'mencampak' segala pam di sinki, dan melayan Khadijah bermain dan menyusukannya hingga kami ketiduran. Tugas mencuci biasanya Edy yang bantu sebab saya selalu terlupa dan terus tidur tanpa sedar (^_^").


Saya perlu memastikan bekalan Khadijah cukup 16 oz setiap hari. Adakalanya hasil perahan tak sampai pun 16 oz, tapi saya bertawakal agar cukup untuk Khadijah. Walaupun mungkin nampak sedikit, tapi alhamdulillah mencukupi. Sesungguhnya Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Nampak botol Heinz tu? Saya buat sebagai jam dan disapu pada roti yang kemudian dibakar untuk dijadikan finger food untuk Khadijah :)

Saya masih lagi menggunakan Freemie Cup bersama pam kesayangan, Autumnz Passion. Saya sudah cuba dua pam elektrik selain daripada Autumnz iaitu Malish (pemberian seorang sahabat) dan Medela Freestyle (kawan saya minta saya cuba untuk tahu prestasinya). Dan sejujurnya, Autumnz Passion masih lagi tidak dapat ditandingi dalam menghasilkan Let Down Reflex dan penghasilan susu yang mencukupi untuk Nur Khadijah. Saya juga telah menjadi authorized agent untuk Autumnz. Tentang itu, nanti saya cerita kenapa saya terlibat sebagai agent. tujuan asal adalah untuk educate kawan-kawan atau customer yang membeli dengan saya. Pada saya adalah lebih mudah untuk educate orang yang berminat untuk tahu tentang PSI dan bagaimana untuk menggunakan pam dengan berkesan berbanding dengan orang yang tidak berminat. Dan saya sangat gembira dengan pengalaman ini :)


Untuk bulan Ramadhan ini, saya juga sudah merancang jadual mengepam yang baru. Tapi, saya belum berjaya ikut lagi jadual itu kerana Khadijah kerap pula direct feeding berbanding hari biasa. Alhamdulillah, masih dalam cuti sekolah dan masih lagi kental untuk meneruskan puasa sambil melayan grow spurt Khadijah mungkin yang sangat kerap mahu mengempeng. Bibir semakin kering menjelang petang tapi syukur hujan dan cuaca yang agak sejuk meredakan rasa puasa itu. Mudah-mudahan Khadijah menjadi anak yang sabar bila besar nanti.


Nur Khadijah, anak yang telah dinanti sekian lama telah genap setahun pada 12 Mei 2016 yang lalu. Syukur alhamdulillah, Allah masih izinkan saya dan Edy untuk menjaga Khadijah hingga ke hari ini. Apa lagi yang saya perlu tamakkan lagi bila sudah punya Khadijah dalam hidup kami. Sudah terlalu bersyukur kerana dikurniakan Khadijah setelah sekian lama berTTC. Tumpuan kami suami isteri adalah bagaimana untuk mendidik Khadijah dengan corak didikan Rasulullah SAW dan kami masih lagi belajar dan akan terus belajar tentang bagaiman untuk menjadi ibu bapa yang baik untuk Khadijah. Masih terlalu banyak khilaf dalam diri kami. Kerana itu, saya bertekad juga untuk berusaha menyusukan Khadijah sehingga 2 tahun jika diizinkan Allah kerana mungkin itu yang masih kami mampu untuk lakukan sehingga ke hari ini.


Nur Khadijah, 1 tahun :)

Last but not least, saya sudah pun berusia 30 tahun pada 3 Jun 2016 yang lalu. 2 tahun lepas, saya pernah menulis satu entry, 'Being childless at 28th'. Memandang entry itu, terasa masa begitu pantas berlalu. Dalam tidak sedar, Nur Khadijah sudah pun setahun, membesar dengan sihat dan berkongsi minat yang sama dengan saya.


My lovely family. Saya sayang kamu semua!

Itu sahaja dahulu untuk perkongsian kali ini. Next entries in shaa Allah saya nak kongsikan tentang 3 perkara yang penting untuk rakan-rakan TTCian dan para ibu di luar sana. In shaa Allah jika sempat saya sudahkan entries tersebut sebelum naik cuti, saya akan publish sesegera mungkin. Antara perkongsian yang akan saya cuba untuk 'siapkan' ialah:

1. Jom Kita Kurus ~ Ikut Cara Saya 

Saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 7 kg dalam masa 6 minggu (dari 70 kg ke 63 kg) kerana membantu abang saya untuk turunkan berat badannya dari 101 kg hingga kini sudah pun 84 kg. Saya masih ikut ilmu yang saya pelajari dari Kevin Zahri dalam JK1M musim pertama yang lalu. Bagaimana dengan production susu? Nanti saya kongsikan dalam entry yang berikutnya.

2. UPT boleh detect hormone LH?

Ini eksperimen saya sendiri. Selama ni kita selalu terbaca tentang OPK dapat detech hormon HCG. Tapi bagaimana pula dengan UPT? Ada possibility ke untuk detect LH? 

3. Pengalaman sebagai agent dan dropshipper alatan penyusuan. Mengapa saya boleh terjebak?


Berjumpa lagi dalam entry berikutnya. Salam Ramadhan Kareem. Selamat menjalani ibadah puasa, selamat bertadarus, selamat berterawih, dan selamat menjadi ibu kepada para TTCian yang tidak pernah putus dalam berdoa. Semoga doa kalian dimakbulkan dalam bulan yang mulia ini. Amin Ya Rabb~

Friday, 22 April 2016

Lamanya saya menyepi....



Assalammualaikum w.b.t


Lamanya saya menyepi. Entry terakhir 13 November 2015. Kebetulan saya sedang menggoogle cara-cara untuk membina site FROG VLE, terus saya menggunakan kesempatan ini membuka laman blog sendiri yang dah bersawang (_ _ ").


In shaa Allah saya akan introduce my little Khadijah dalam entry kali ini.


Saya mungkin sedang mengadaptasi dengan beberapa tugas baru di sekolah. Pendapat jujur saya, workload di sekolah rasa seperti beban yang berat menimpa atas bahu saya setiap minggu. Sehingga tah berapa kali saya sering menuturkan mahu bercuti tanpa gaji sahaja, mengikuti jejak langkah 2 rakan sekolah saya. 


Seperti kufur nikmat, saya akhirnya kembali tersedar. Saya seharusnya bersyukur kerana di saat ekonomi negara semakin meruncing, di saat ramai pekerja-pekerja dalam sektor swasta terpaksa diberhentikan, di saat ramai graduate yang masih menganggur, di saat ramai lagi rakan-rakan saya yang masih menanti peluang pekerjaan terbaik, saya masih lagi menjawat jawatan di sektor kerajaan, bergaji setiap bulan, dan masih mampu untuk membantu keluarga saya menyara kehidupan.


Memandang entry lama-lama saya membuatkan saya kadangkala meluat dengan diri sendiri.


Banyak betul perkara yang saya banggakan dalam hidup ini saya catat dalam blog ini.Kadang-kadang rasa macam nak delete terus blog ini. 


Tahlah...


Agaknya, saya ni ada masalah visiobibliophobia (social networking phobia). Saya terlalu takut bila hidup saya diperhatikan manusia. Saya tak suka bila saya tahu ada orang mengambil tahu tentang perkembangan saya melalui social network. Sejujurnya fobia ini bermula sejak saya kehilangan Najla yang menyebabkan saya terpaksa deactivate account facebook saya. Kerana di saat saya sedang mengalami trauma kehilangan Najla, saya mendapat perkhabaran dari mulut orang-orang lain yang mengaitkan kematian Najla dengan segala aktiviti saya sewaktu saya mengandungkannya (yang berpunca dari kesilapan saya juga kerana seringkali share apa yang saya lakukan di facebook).


Dan tah berapa kali saya left beberapa group di whatsapp kerana fobia yang sama. Kemudian beberapa kali juga saya diinvite semula. Haha. Teruknya saya kan?!


Ok, cukuplah cerita tentang fobia saya ini.


Kembali kepada kehidupan harian saya, saya akan limitkan masa bekerja di sekolah sehingga 3.30 petang. Lepas tu, saya akan tinggalkan semua kerja dan berkejar untuk menjemput Khadijah, my best friend forever yang akan melupakan saya tentang sekolah. Yeayyyy!


Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan Nur Khadijah kepada saya dan Edy. Semoga Allah beri peluang Nur Khadijah menjadi pencen kubur kepada kami nanti. Amin...


Khadijah sangat baik dengan saya. Kalau saya sedih, saya akan luah pada Khadijah (sampai menangis-nangis). Khadijah seakan mengerti dengan emosi ibunya yang carca merba ini. Kadang-kadang gembira dan selalu buat aksi badut dekat rumah, kadang-kadang dramatik sangat ala-ala pelakon drama sedih, kadang-kadang hyperactive sampai ke mana saya pergi saya mesti nak libatkan Khadijah, tengok wayang, tengok teater, tengok sketsa, pergi sekolah. Dan alhamdulillah, Khadijah sangat behave dan saya rasa Khadijah lebih hebat dalam mengawal emosi dan sikapnya berbanding saya. Haha!


Dan alhamdulillah, Allah masih beri peluang kepada saya untuk fully breastfeeding Khadijah sehingga hari ini. Bulan 5 nanti Khadijah bakal genap setahun. Terima kasih Khadijah sebab support ibu dalam breastfeeding! Hehe... Semoga impian ibu untuk breastfeed Khadijah sehingga 2 tahun atau tempoh terbaik yang Allah izinkan tercapai.

Ok, saya akan sambung entry saya yang panjang-panjang macam selalu tu kemudian ya. Salamun alaik. 


Let me introduce my little Khadijah. Saje letak gambar garang sikit. Hehe.


Assalammualaikum aunties! My name is Nur Khadijah :)

Friday, 13 November 2015

"Before anything else, preparation is the key to success..." JPNK : Part 3

 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
Berkisar tentang Penyusuan Susu Ibu (PSI), saya ingin berkongsi tentang peralatan penyusuan yang saya beli sebelum Khadijah dilahirkan.
 
Terlalu bersemangat untuk menyusukan bayi yang dinanti sekian lama buatkan saya tak sabar untuk beli pam. Bila tanya kawan saya yang menyusukan anaknya secara esklusif dan dicadangkan pula dengan Avent Manual Breast Pump, saya terus beli dari Nurizshar tanpa berfikir panjang. Masa tu saya hamil 4 bulan. Tak ada ilmu sangat masa ni.
 
 
Dah let go pun pada mummy Gombak :)
 
Kemudian, bila dicadangkan pula oleh kakak kawan saya untuk beli electric breast pump, saya beli pula Autumnz Double Electric Breast Pump daripada Puan Amna. Itu pun selepas puas saya survey dan jumpa blog Puan Amna (momsbreastfeeding.blogspot.my).
 
 
Edy tolong COD (tu kaki Edy tau)
 
Kemudian bila kawan sekolah saya datang untuk beri ilmu tentang PSI kepada saya, dan selepas saya go through perkongsian Kak Fazi dalam page beliau, fikiran saya asyik terganggu dengan dua perkara yang mana saya sangat bimbang ia akan menggagalkan PSI saya. Perkara tersebut ialah tentang;

 
1. Bagaimana saya nak jaga jadual mengepam saya sebagai seorang guru yang jadual harian mengajarnya adalah berbeza? Tak mungkin saya boleh konsisten nak mengepam 3x sehari pada waktu yang sama dengan nak terkejar-kejar cari tempat 'persembunyian' untuk mengepam lagi lepas tu nak berkejar ke kelas pula.
 
2. Saya kena guna hands free pumping bra ke setiap kali nak nak buat double pumping di sekolah? Saya kena beli hands free ni banyak-banyak ke?

 
Dua perkara ini sangat-sangat menganggu fikiran saya. Hari-hari saya fikir terutama bagaimana hendak menjaga jadual mengepam pada waktu yang sama itu. Kebanyakan perkongsian pengalaman ibu-ibu yang menyusukan, adalah mereka yang bekerja pada waktu pejabat. Then biasanya ibu-ibu ini mempunyai masa yang agak fixed setiap hari (waktu mengepam pukul 8 pagi - 10 pagi - 1 tengah hari - 5 petang).
 
Saya survey di instagram dan akhirnya terjumpalah dengan aksesori penyusuan yang agak canggih saya kira iaitu Freemie Cup Collection. Saya cuba cari yang paling murah (harga agak berbeza-beza di ig). Saya tidak terus gelojoh membeli sebab yang termurah saya jumpa pun sudah RM299 including postage (masa tu belum GST lagi). Aksesori sahaja tanpa pam ye. Berpinar mata sekejap.
 
Saya buat review dulu. Blogwalking. Dan kebanyakan review yang saya baca sangat memuaskan dan paling penting memudahkan dan boleh mengepam DI MANA SAHAJA tanpa perlukan hands free bra!
 
Dan selepas berbincang dengan Edy, saya terus beli melalui ig Little Servant pada akhir Mac 2015 (tak nak bayar GST punya pasal). Beli sekali habbatussauda (Habasyi Oil) untuk dimakan selepas bersalin sebab saya refuse nak makan segala jamu. Cukuplah habbatussauda dan madu sebagai 'ubat' untuk merawat dalaman saya nanti.Dan Freemie yang dinanti tiba juga akhirnya. Perasaan saya? Tentula sangat-sangat mengujakan!
 
 
Pump with your shirt on!
 
Saya terus pasang segala tiub dengan motor pam Autumnz  mengikut manual yang Freemie bagi. Dan terus cuba tau! So first time saya sambung macam gambar di bawah (ikut manual yang diberi).
 
 
Cara pasang Freemie Cup ikut manual
 (Nampak panjang kan tiub dia sebab tiub Freemie attach dengan tiub Passion)
 
 
Tapi kan, saya dapat rasakan suction Freemie Cup ni tak sekuat kalau saya guna corong Autumnz Passion. Saya dah tekan sampai level 9 pun still rasa tak kuat. Alamak! Macam mana ni????
 
Saya dah mula rasa sedih. Mahal kot and dah keluar duit banyak. Saya buat adjustment dengan potong tiub Freemie (haa.. part ni jangan ikut ye. Sebab memang sangat sengal pergi potong tiub Freemie tu. Dahlah nak cari tiub yang sama payah! Haha! Tolong jangan ikut ok!) Resultnya tetap sama; suction tak kuat. Lepas tu saya pergi pula One Baby World nak cari ganti tiub Freemie yang dah terpotong tu, tak ada jual pula! Then, as a final solution (still try and error), saya beli tiub Autumnz Passion sebagai tambahan dan ganti kepada tiub Freemie tu.
 
 
Tiub Freemie yang dah dipotong dan sukar untuk dicari ganti :"(
 
 
Rasa sedih sangat setiap kali terpandang kotak Freemie tu. Selagi saya tak dapat solution, saya memang tak boleh duduk diam. Otak terus berfikir macam mana nak bagi suction kuat. Dah invest banyak, kena pastikan ada hasil! Kemudian tah macam mana, Allah beri ilham. Selepas a few trials, akhirnya saya dapat solution! Saya tak ikut pun manual yang diberi dan saya guna cara saya sendiri. Alhamdulillah, its work! Dan tips ini saya ada kongsikan juga bersama Kak Fazi dan ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama di page Kak Fazi (dulu Kak Fazi pun tak pakai Freemie sebab masalah yang sama, then sekarang beliau juga gunakan bila ada kursus di luar). Alhamdulillah, selesai satu masalah.
 
 
Atas: Barrier Freemie (anti-back flow)
Bawah: Tiub Autumnz Passion
 
Tiub Passion disambung terus ke Freemie Cup dan barrier
(sambungan tiub menjadi lebih pendek)
 
Taraaa! Ni lah hasilnya. Saya guna powerbank, so senang tak perlu cari power supply.
 

Formulanya mudah, guna konsep Air Pressure: semakin dekat barrier (anti-back flow) tu dengan lubang tiub motor pam, semakin kuat suction Freemie. Macam gambar di atas. Boleh buat perbandingan dengan gambar sebelum tu (yang ikut manual). Barrier ni wajib pakai sebab tanpa barrier, chances untuk susu termasuk ke motor pam adalah sangat tinggi (boleh rosak pam nanti).
 
Saya totally guna Freemie bila dah mula kerja. Di rumah, saya lebih selesa guna corong Passion sahaja.
 
 
Saya suka buat single pumping di rumah.
 

Alhamdulillah, hingga ke hari ini, Freemie sangat berbakti kepada saya. Dengan Freemie, saya dapat mengepam 3x sehari pada waktu yang konsisten tanpa perlu berkejar ke tempat tersembunyi. Jadual mengepam saya di sekolah dengan Freemie adalah seperti berikut:
 

Sesi 1: 6.50 am - mengepam sambil drive ke sekolah
 
Sesi 2: 10 hingga 10.45 am (waktu murid rehat) - mengepam di bilik guru/kelas/makmal/di mana saya berada pada waktu itu @ saya akan buat power pumping pada hari jadual kurang kelas.
 
Sesi 3: 1.30 hingga 2 pm - mengepam di bilik guru/sambil drive balik
 

Alhamdulillah, setakat ni hampir kebanyakan aktiviti saya boleh menggunakan Freemie tanpa batas, tanpa perlu selak baju, tanpa perlu mendedahkan aurat dan paling penting tanpa perlu cari tempat 'persembunyian'. Saya pernah mengepam dengan menggunakan Freemie dalam keadaaan berikut:
 

1. Sewaktu memandu ke sekolah atau balik ke rumah.
 
2. Sewaktu makan (perlu tapau makanan atau bawa bekal dan makan di bilik guru/makmal sambil mengepam) pada sesi ke-2 kebiasaannya.
 
3. Sewaktu menanda/buat kerja/attend students yang tanya soalan di bilik guru.
 
4. Waktu mesyuarat (saya akan pilih tempat di tepi dinding @ belakang sebab senang nak pasang Freemie and transfer susu tanpa menarik perhatian). Saya juga pernah berdiri ketika ditanya pentadbir tentang post moterm SPM dalam keadaan saya sedang menggunakan Freemie. Serius orang tak perasan pun. Tapi ada seorang cikgu senior yang duduk sebelah saya rasa pelik sebab nampak motor pam Autumnz yang macam mesin pam darah tu. Dia ingat saya sakit and terus tanya, "Nadia, you sakit apa?". Bila saya explain, dia macam terkejut and tak percaya saya tengah mengepam. Hihi.
 
5. Waktu perhimpunan. Bila saya lambat, saya tiada pilihan selain menggunakan setiap peluang yang ada termasuk waktu perhimpunan. Setakat ni, dah 2x saya pernah mengepam waktu perhimpunan tanpa disedari. Kalau pun ada kawan yang perasan, itu pun sebab terlihat motor pam Autumnz yang besar tu. Selalunya diorang akan rasa pelik macam mana saya mengepam sebab tak nampak langsung Freemie Cup (sebab diorang selalu bayangkan corong pam biasa tu dengan botol).
 
6. Hari Terbuka. Quit mencabar juga waktu tengah attend parents and waktu mengepam pula tiba. Mujur ada anak-anak murid perempuan yang memahami. Diorang cover saya sekejap sewaktu saya pasang Freemie. Sekejap je. 30 saat pun tak sampai bila nak pasang tu.
 
7. Waktu berjalan. Pernah beberapa kali saya tengah mengepam tiba-tiba dapat call penting. Nak stop pam rasa sayang jadi saya terus sumbat motor pam Autumnz dalam cooler bag dan terus berjalan sambil mengepam. Tapi tak boleh jalan laju sangat. Kena steady je. Bila jumpa orang waktu tengah berjalan tu, saya buat biasa je walaupun rasa risau bagai kalau susu tumpah. And macam biasa, tak ada siapa pun yang perasan. Hehe :)
 
8. Waktu kursus Kimia di Mersing. Agak mencabar juga sebab bilik seminar tiada aircond (ada sebenarnya tapi tak kuat waktu tu and hanya menggunakan kipas) dan saya perlu berulang alik ke bilik guru sekolah tersebut menumpang peti ais sebab ice pack sudah mencair. Cabaran lain waktu itu, saya tersilap pilih tempat duduk. Walaupun dapat duduk di tepi dinding, tapi di belakang saya penuh cikgu-cikgu lelaki. Mujur sudah ada teknik nak pasang Freemie (hingga kawan sebelah pun tak sedar saya sedang mengepam), kalau tak mungkin saya akan dikekang dengan rasa malu juga. Pesanan otai PSI: Nak jayakan PSI, tak boleh nak fikirkan perasaan malu. Keperluan anak lebih utama dalam saat-saat begini. Kena bijak untuk tangani setiap masalah dan kreatif ketika berhadapan dengan setiap keadaan :)
 
 
So menyesal tak saya beli Freemie?

Alhamdulillah, jawapannya tentulah tidak. Freemie banyak membantu saya menjaga jadual mengepam saya. Cuma sekali sahaja saya tidak dapat gunakan Freemie; waktu saya jadi pengacara. Waktu tu, memang dah tiba waktu mengepam and cik B pun dah rasa engorge. Saya agak terbatas nak mengepam saat itu sebab bila jadi mc ni, banyak keadaan yang tak diduga. Nak contact dengan orang hadiah, orang persembahan, orang media, dan PA system. Jadi kalut juga kot. So saya menahan diri jelah dari mengepam. Habis tugas, saya terus berlari ke tempat yang aman damai untuk mengepam sambil makan. Sebenarnya, boleh je saya nak pasang Freemie siap-siap. Tapi, motor pam Autumnz saya agak besar dan tak boleh attach pada baju or gantung di leher. Kalau saiz dia kecil macam Medela atau jenama pam yang baru-baru tu mungkin ok kot. So boleh terus gantung je kan. (Hmmm.. Macam best and boleh dipertimbangkan untuk dibeli. Hehe.)
 
Kawan-kawan saya pun ramai yang nak beli Freemie Cup bila tengok saya selesa mengepam di mana-mana. Saya pun banyak berkongsi kebaikan Freemie Cup dengan diorang. Perkara baik kan? Kenapa perlu dirahsiakan. Jadi kalau ada ibu-ibu yang rasa kurang selesa nak mengepam guna corong biasa tu, saya suggest gunalah Freemie. Memang perlu melabur lebih. Tapi hasil pelaburan yang kalian akan dapat memang sangat berbaloi. Paling penting jaga minum, makan, demand dan supply, in shaa Allah hasilnya sangat muai :)
 
Saya berkongsi di sini bukan untuk ibu-ibu jadikannya sebagai panduan utama. Jangan ikut cara saya ini sekiranya di luar budget. Tidak semestinya memerlukan kesemua aksesori ini untuk memastikan PSI berjaya. Kalau mahir guna kaedah marmet atau guna pam manual pun masih boleh kumpul stok juga. Saya memang mengumpul duit sekian lama. Jadi saya gunakan simpanan saya itu untuk membeli pam-pam ini. Saya anggap rezeki lebih ini adalah untuk Nur Khadijah. Jadi terpulang kepada keperluan dan budget masing-masing ya. Berdoa pada Allah semoga rezeki susu buat anak-anak kita sentiasa ada dan mencukupi untuk tumbesaran mereka.



Alatan mengepam saya:
1. Avent Manual Breast Pump (RM160) - dah let go dengan harga RM100 je
2. Freemie Cup Collection (RM299)
3. Autumnz Passion Double Electric Breastpump (RM359 + free gift)
4. Autumnz Manual Converter Pump (Free) - dah bagi pada kawan
 
Rakan-rakan ttcian juga  boleh mula belajar tentang PSI ni. Sebab dulu selama 3 tahun penantian, saya banyak juga membaca tentang PSI walaupun masa tu tak faham sangat. At least boleh boost positive affirmation kan :)
 
Salam PSI. Berjumpa di lain entry.

Tuesday, 10 November 2015

Sebagai seorang TTCian... Tips 2: Awasi Keputihan!


Assalammualaikum w.b.t

Minggu lepas, saya terima mesej dari seorang reader. Saya sebut namanya sebagai A sahaja di sini. Saya dan A mula berkenalan sejak bulan 3 tahun ini. Waktu tu saya sedang hamil 7 bulan dan sedang dalam mc sebulan. Diringkaskan cerita, A sudah 8 tahun berttc dan masalah utama A adalah keputihan yang sangat teruk dan tidak dirawat. Mungkin A terjumpa blog saya melalui entry berkaitan masalah keputihan. Dari berbalas comment/email, saya kemudian berikan A nombor telefon saya untuk memudahkan saya menjawab segala soalan A dengan cepat.

Nasihat saya mudah sahaja;
1. Rawat keputihan dahulu. 
2. Jaga kebersihan miss V. 
3. Dapatkan nasihat pakar puan.
4. Lakukan HVS (high vaginal swab) untuk kenal pasti jenis keputihan melalui ujian kultur.
5. Jaga pemakanan (diet seimbang).
6. Kurangkan makanan manis.
7. Banyakkan minum air zamzam.

Setiap kali saya ditanya tentang masalah berkaitan keputihan oleh readers, perkara yang saya senaraikan di atas biasanya yang akan saya nasihatkan terlebih dahulu sebelum mereka proceed dengan sebarang kaedah alternatif. Saya tak akan berikan nasihat yang akan membawa mereka kepada sebarang risiko. Dan sama jugalah dengan A, tetap saya nasihatkan hal yang sama.

Kemudian perbualan kami berlanjutan kepada hal yang lebih peribadi. Dan saya yakin A adalah seorang yang sangat tabah untuk mengharungi setiap ujian itu (biarlah menjadi rahsia saya dan A sahaja).

Dan saya tak ingat sejak bila, perbualan kami terhenti seketika. Saya tidak dapat hubungi A kerana masalah handphone, dan A terus mendiamkan diri. Sehingga saya terlupa tentang A selepas melahirkan Nur Khadijah.

Hampir 7 bulan berlalu. Tiba-tiba saya dapat whatsapp dari A.




Ya Allah! Tentulah saya gembira. Saya yang menanti Khadijah 3 tahun pun sudah terlalu gembira, apatah lagi A yang menanti kehadiran anak pertama selama 8 tahun. Syukur A masih lagi mahu mengkhabarkan berita gembira itu pada saya.

Tentang masalah keputihan A, kami tidak berbual begitu lanjut (apa yang dia lakukan dan sebagainya). Cuma tak salah ingatan saya, A macam ada buat pemeriksaan dengan pakar puan. Tapi saya betul-betul tak ingat apa keputusannya dan apa yang A lakukan selepas itu. Mungkin saya keliru dengan perbualan saya bersama readers lain. Maafkan saya jika point saya tersilap di sini.

Saya cuma boleh berkongsi dengan rakan-rakan ttcian apa yang gynae saya pernah beritahu saya,; "selagi keputihan you ada, you susah untuk hamil.."

Sejujurnya, saat saya hamil, masalah keputihan saya masih ada. Mungkin sedikit berkurang daripada biasa kerana saya menjaga pemakanan saya gara-gara join Jom Kurus (boleh rujuk entries saya sebelum ini).

Pada pendapat saya, pemakanan adalah faktor utama penyumbang kepada masalah keputihan dan ketidak seimbangan hormon dalam badan. Memang saya sangat jaga pemakanan saya tahun lalu gara-gara terlalu bersemangat mahu jaga kalori dan ingin kurus semula (masa tu niat mahu sihat kerana ttc sudah jatuh nombor 2). Rasa sangat teruja bila dapat sarung semula baju-baju yang sudah tidak muat dipakai sebelum itu.

Alhamdulillah, walaupun keputihan masih ada, tapi kesannya agak ketara kerana jelas berkurang jika dibandingkan sebelum saya menjaga pemakanan saya. Dan sejujurnya, selepas saya telah berusaha menjaga pemakanan, barulah saya teruskan dengan kaedah alternatif untuk merawat keputihan.

Jadi untuk rakan-rakan ttcian yang saya sayangi, sekiranya kalian juga mempunyai masalah keputihan seperti saya dan A, mungkin perlu dirawat dahulu. Saya pasti kalian lebih arif daripada saya dalam dunia ttc ini. Dan saya sekadar ingin berkongsi sedikit yang saya tahu tentang keputihan dalam berttc.

Dan buat mereka yang telah berjaya hamil, keputihan sewaktu hamil juga perlu sentiasa diawasi. Ia bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan. Cukuplah saya pernah mengalami PPROM kerana keputihan teruk yang saya alami sewaktu mengandungan Najla dan disahkan pula GBS positif sewaktu mengandungkan Khadijah (yang sekiranya tidak dikesan awal boleh mengakibatkan risiko jangkitan kuman kepada bayi yang dilahirkan). Biarlah orang lain nak berkata, "anak aku lahir ok je walaupun aku ada GBS..", "Ala..keputihan waktu mengandung memang normal..". Biarkan mereka! Sebab mereka tak lalui apa yang saya lalui dan apa yang kawan-kawan saya lalui. Jadi saya memang akan memberikan nasihat yang serius kepada rakan-rakan atau readers yang bertanya.

Terima kasih kepada readers yang mendengar nasihat saya untuk terus ke hospital mendapatkan pemeriksaan pakar O&G. Alhamdulillah, walaupun ada di antara mereka terpaksa mengharungi pemeriksaan sehingga 8 jam lamanya, bayi yang mereka kandung selamat hingga dilahirkan.

Saya tidak akan pernah letih untuk membalas pertanyaan mereka yang memerlukan. Saya sedar saya bukanlah seorang doktor. Apatah lagi pakar tentang masalah keputihan. Saya hanya berkongsi apa yang saya pernah lalui. Saya ada tinggalkan nombor telefon saya dalam salah satu entry di blog ini. Hanya mereka yang menemukan entry itu akan menghubungi saya. Dan saya tidak akan mengabaikan soalan mereka dan akan menjawab dengan sesegera mungkin. Saya sudah mendapat keizinan daripada Edy. Biasanya kalau saya tengah khusyuk menaip mesej dengan muka serius dan cemas, maka Edy akan tahu saya sedang berbalas mesej dengan readers. Bosan? Memang tidak. Cukuplah saya dan Edy pernah lalui kehilangan Najla dan saya tidak mahu mereka yang lain laluinya juga. Jadi kerana itu, saya akan cuba memberi nasihat sebaik mungkin.

Harapan dan doa saya, semoga Allah melindungi kandungan ibu-ibu ini dan memberikan rezeki anak kepada rakan-rakan ttc yang amat saya sayangi. Saya ingin kalian yang berttc beroleh kebahagiaan yang kalian inginkan ini. Bahagia itu subjektif. Percayalah kepada kebahagiaan yang kalian sedang miliki. Itu pasti lebih hakiki.

"Ya Allah, janganlah Kau persiakan doa mereka yang sentiasa mendambakan pemberian amanah dari-Mu iaitu umat Nabi Muhammad SAW dalam rahim mereka. Dengarlah rintihan dan rayuan mereka. Kurniakanlah penantian mereka dengan zuriat yang soleh dan solehah. Berikanlah kegembiraan yang sama kepada mereka seperti mana telah Kau berikan kepada kami yang lain...

Amin, amin ya rabbal a'lamin..."

Monday, 26 October 2015

Jurnal Penyusuan Nur Khadijah (Bahagian 2) : The best teacher in your life is your last mistake!


Sambungan dari Bahagian 1

Assalammualaikum w.b.t


Perjalanan penyusuan saya tidaklah esklusif 100%. Gara-gara ada sedikit ilmu yang saya tidak study betul-betul, maka Khadijah 3 kali telah diberi formula milk (fm). Semuanya telah ditakdirkan dan di luar kawalan saya kerana saya langsung tidak tahu baby akan diwarded selepas dilahirkan kerana saya positif GBS melalui result HVS. Dan saya tahu tentang result high vaginal swab (HVS) ini pun pada malam 10 Mei 2015 (usia kandungan 38 minggu), iaitu pada hari saya ditahan kerana sudah dilate 3cm. HVS tu dilakukan sewaktu saya bleeding pada 29 minggu. Alhamdulillah saya ditakdirkan bersalin di HSAJB (tempat yang sama Najla dilahirkan), kerana rupanya Allah ingin menyelamatkan anak saya dengan result HVS itu (saya akan cerita bila saya sudah bersedia).


Pada 12 Mei 2015, sewaktu saya ditolak ke labour room, setiap kali nurse, HO, MO, dan doktor pakar datang memeriksa saya, perkara yang sama akan saya tanya, "kalau anak saya boleh bernafas dengan baik, boleh tak saya nak menyusukan anak saya?" Dan alhamdulillah, jawapan yang sudah dijangka daripada staf-staf sebuah hospital kerajaan yang juga hospital rakan bayi itu sememangnya  adalah "SANGAT BOLEH".


Maka, selepas selamat melahirkan pada 4.15 petang, saya terus minta agar bayi saya diserahkan kepada saya sebelum dihantar ke wad A2 (wad paedatrik). Alhamdulillah, saya dapat tunaikan impian saya untuk penyusuan awal selepas kelahiran. Nurse beri saya peluang selama setengah jam untuk belajar direct feeding (df) bersama Khadijah. Lebih kurang pukul 5 petang, saya ditolak balik ke wad dengan wheel chair dan Khadijah terus ke wad A2 bersama Edy.


Selepas mandi wiladah, lebih kurang pukul 7.30 malam, saya ke wad A2 menaiki wheel chair utk df Khadijah. Edy sudah pesan pada nurse di sana, Khadijah mahu diberi full df. Dan saya stay di wad A2 bersama Edy dan Khadijah sehinggalah pukul 12 malam. Bila saya pulang ke wad first class, nurse di sana rupanya mencari saya. Dan saya tidak dibenarkan ke wad A2 lagi kerana nurse bimbang keadaan saya yang baru sahaja bersalin. Saya memang bercadang nak ke wad A2 pukul 3 pagi nanti tapi dihalang nurse kerana bimbang terjadi apa-apa kepada saya dalam perjalanan ke wad A2. Mereka hanya benarkan saya bekalkan EBM untuk Khadijah. Di sinilah saya telah melakukan kesilapan kerana ilmu PSI yang tidak dipelajari dengan bersungguh-sungguh. 


Saya putus asa ketika cuba mengeluarkan kolostrum melalui kaedah marmet dan menggunakan pam manual Avent. Saya kurang ilmu di sini dan saya jadi canggung, hilang idea, dan bingung. Maka saya mengalah begitu cepat dan akur untuk Khadijah diberikan fm ketika di wad A2. Dua kali Khadijah diberi fm di wad, iaitu pada pukul 3 pagi dan 6 pagi. Keesokan harinya bila saya dibenarkan untuk keluar wad, saya terus mendapatkan Khadijah untuk df bersamanya. Hinggalah kami dibenarkan pulang pada pukul 3 petang.
 


Saya bawa Mom's Precious Bottle 2 oz dan feeding bottle sekali sebagai persediaan
beserta pam manual Avent
 
Sekali lagi kesilapan saya berlaku bila pulang sahaja ke rumah. 8 jam Khadijah df bersama saya dari pukul 4 petang hingga 12 malam tanpa henti. Anehnya Khadijah asyik menangis bila saya lepaskannya. Saya tak tahu Khadijah nak apa. Saya bimbang Khadijah masih lapar susu. Dengan air mata mengalir, saya minta Edy belikan juga fm pada pukul 12 malam. Saya berikan Khadijah fm malam itu dan Khadijah terus tidur hingga ke pagi.


Esoknya saya cuba berikan Khadijah fm sekali lagi tapi Khadijah muntahkan semua yang diminum dan menolak untuk minum fm lagi. Selepas sesi mengurut, saya nekad tidak mahu berikan Khadijah fm dan terus df dengannya mengikut permintaan Khadijah. Saya berdoa agar Khadijah tidak terus meragam seperti semalam. Alhamdulillah, Khadijah ok dan tidur nyenyak setiap kali selepas df.


Dan selepas kekhilafan itu, barulah saya terhegeh-hegeh mencari di mana kesilapan saya. Barulah saya nak menjenguk semula fb page Kak Fazi. Barulah saya tahu kenapa saya hampir gagal pada awalnya. Mujur, saya tidak gagal terus untuk menyusukan Khadijah. Syukur Allah masih memberi peluang kepada saya.


Saya ingin berkongsi kekhilafan saya ini agar rakan-rakan yang berusaha untuk menyusukan anak kalian secara esklusif, tidak melakukan kesilapan yang sama seperti yang telah saya lakukan.


1. Saya tidak dapat mengeluarkan susu melalui kaedah marmet.


Sebenarnya, saya tiada ilmu tentang cara untuk mengeluarkan susu secara marmet sejurus selepas melahirkan. Saya rasa kaedah marmet sangat menyusahkan dan sedikit menyakitkan. Saya cuba pula dengan pam manual Avent, hasilnya tetap sama; tiada setitik kolostrum pun yang keluar. Saya tak tahulah sewaku saya df Khadijah, dia dapat atau tidak kolostrum tu. Tapi setiap kali lepas df, Khadijah terus tidur lena. Jadi, saya beranggapan Khadijah mungkin dapat juga barangkali setitik dua, cukup untuk saiz perutnya yang masih kecil itu.


Apa yang sepatutnya saya lakukan?


Melalui pembacaan dari fb page Kak Fazi dan pengalaman blogger yang lain, kolostrum hanya dapat dikeluarkan apabila menerima rangsangan sekurang-kurangnya 15 minit. Kak fazi dapat keluarkan kolostrum melalui kaedah marmet, dan ada blogger seperti saya (tidak pandai dengan kaedah marmet ini) telah menggunakan double electric breast pump and biarkan pump pada fasa stimulate untuk lebih kurang 15-20 minit bagi mengeluarkan kolostrum tersebut. Seriously saya memang tak tahu langsung perlu stimulate selama itu walhal saya ada je electric breast pump di rumah, cuma tak dibawa kerana beranggapan ia tak diperlukan. Selepas 2-3 kali cuba marmet and pam secara manual tak sampai beberapa minit itu, saya terus give up. Dan selepas tahu di mana kekhilafan saya, barulah saya realize kenapa saya tak dapat menuai 'hasil' di hospital ketika itu :"(


2. Anak saya menangis setiap kali saya lepaskan df dengannya.


Sesampai sahaja di rumah, kakak saya sudah menunggu. Saya sempat makan lauk ikan bakar, tempe, dan sayur lobak putih. Kemudian saya terus menyusukan Khadijah dari pukul 4 petang hinggalah 12 malam. 8 jam Khadijah df. Saya memang langsung tak boleh bergerak pergi ke tempat lain. Saya hanya duduk di katil memangku Khadijah hingga beberapa kali saya tertidur. Anehnya, bila saya cuba letakkan Khadijah, Khadijah terus menangis. Dia hanya akan senyap bila saya menyusukannya. Sejujurnya saat itu, saya mula bimbang, bimbang Khadijah dehydrated kerana tidak dapat susu. Mungkin position latching yang salah saya fikir (kerana cik P melecet), jadi saya mengalah dengan air mata mengalir. Tekanan kerana tidak mahu sesuatu terjadi pada Khadijah mula dirasai. Di rumah, hanya saya dan Edy sahaja menjaga Khadijah. Kakak saya sudah pulang ke rumahnya kerana perlu bekerja keesokan harinya. Saya tidak mahu menyusahkan hati sesiapa pada lewat malam itu. Dengan tidak berfikir panjang, saya terus minta Edy belikan fm di kedai 24 jam berhampiran rumah. Saat itu saya hanya boleh berfikir yang saya tidak boleh pentingkan diri lagi. Selepas Edy membawa pulang satu pack fm kecil (saya tidak ingat jenama yang Edy beli dan saya juga tak ingat dalam beg hadiah yang diberikan hospital juga sebenarnya ada fm yang disertakan sekali), saya terus membaca instruction di belakang dan bersiap sedia untuk membancuh. Sewaktu membancuh, saya berdoa dan berharap itu adalah kali terakhir saya perlu berikan Khadijah fm, dan berdoa dengan sekuat hati agar susu saya dapat keluar selepas saya diurut nanti :""(


Apa yang sepatutnya saya lakukan?


Melalui pembacaan saya, seorang bayi yang baru lahir hanya berasa selamat apabila berada disamping ibunya. Kehangatan yang dirasai saat dibedung, dipeluk, dan disusui dapat memberi rasa selamat dan keselesaan pada bayi itu. Khadijah menangis di rumah mungkin bukanlah kerana lapar susu, sebab selama 8 jam itu, Khadijah senyap sahaja bila saya menyusukannya. Adalah normal bayi mahu 'melekat' dengan ibunya yang sudah bersama dengannya selama 9 bulan dalam kandungan. Selepas susu saya diizinkan Allah untuk keluar, setiap kali Khadijah mahu menyusu, Khadijah memang akan menyusu dalam tempoh yang lama (30-45 minit) sebelum dia tertidur pada awal-awal kelahirannya. Keadaan ini sebenarnya hanyalah untuk membuatkan bayi berasa selesa dan selamat berada disamping ibunya ketika cuba menyesuaikan diri dengan dunia luar yang begitu luas berbanding dunia rahim yang hangat dan sempit. Dan kerana itu, adalah sangat baik sebenarnya untuk bedungkan bayi yang baru lahir agar dia tidak merasa 'gayat' dan  sentiasa berasa 'selamat' :)



***


Inilah kisah perjalanan awal penyusuan saya bersama Nur Khadijah. Seperti yang pernah dibilang oleh kawan saya, untuk menjayakan PSI sememangnya amat memerlukan ilmu yang mencukupi. Kerana beberapa perkara kecil yang saya abaikan, PSI saya bersama Nur Khadijah tidaklah begitu esklusif. Dan sebagai seorang ibu baru, saya menghormati apa sahaja pilihan ibu lain di luar sana. Saya tidak akan mempersoalkan tentang pemilihan penyusuan yang dipilih oleh ibu-ibu lain. Setakat ini, sekiranya saya di public dan kebetulan jika saya bersama ibu lain yang menyusukan anak menggunakan fm, saya tidak akan pernah mempersoalkan kerana saya tahu setiap ibu telah melakukan yang terbaik dan tentu mahukan yang terbaik buat anak mereka. Dan selalunya, ibu-ibu lain itu yang menegur saya dan bertanya, "anak breastfeed je ya?" Saya kebiasaan hanya mengangguk dan tersenyum sahaja tanpa bertanya semula. Saya pernah merasakan kepanikan ketika awal kelahiran dan sekiranya ibu-ibu yang sudah berhabis usaha itu perlu juga memberikan anak mereka fm, itu juga sudah menunjukkan ihsan yang mereka lakukan sekiranya mereka tidak mampu untuk meneruskan PSI.


Homati pendapat orang lain itu adalah yang paling utama. Rezeki yang Allah beri juga adalah berbeza. Bersyukurlah selagi rezeki susu masih ada buat anak. Usah dibandingkan kuantiti yang diperolehi.Berpadalah dengan rezeki yang mencukupi dan yang patut disyukuri.


Salam Penyusuan Susu Ibu. Semoga berjumpa di lain kali.


Wassalammualaikum w.b.t

Thursday, 15 October 2015

Aku Bukan Halimatus Sa'adiah

Salam Ma'al Hijrah.


Sekadar ingin berkongsi tentang salah sebuah drama yang disajikan di TV3 semalam, bersempena Ma'al Hijrah bertajuk 'Aku Bukan Halimatus Sa'adiah'.

Sinopsis: Berkisar tentang Halimah yang dilakonkan oleh Eija sebagai ibu susuan kepada anak asuhannya, Rayyan iaitu anak kepada seorang wanita muda yang bekerjaya, Maria. Maria enggan menyusukan anak lelakinya Rayyan dan sanggup mengambil ubat untuk memberhentikan susu. Hinggalah ayah dan suami Maria berpakat untuk mengupah Halimah sebagai pembantu rumah merangkap ibu susuan Rayyan tanpa diketahui Maria. Apabila Maria mengetahui akan hal itu, Maria telah menghalau keluar Halimah dan anak perempuannya. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, Halimah yang baru kematian suami dan bayinya kini hilang punca pekerjaan dan merasa rindu akan anak susuannya, Rayyan. Sehinggalah musibah menimpa Maria, akhirnya Maria sedar akan kekhilafannya kerana tidak menunaikan hak Rayyan untuk disusukan dengan susu ibu.

Tersentuh hati saya menonton cerita ini, cerita tentang perjuangan seorang ibu susuan dan kisah tentang penyusuan susu ibu. Digarap berdasarkan kisah ibu susuan kepada junjungan besar Rasulullah SAW, Halimatus Sa'adiah.

Rupanya bukan mudah seorang ibu membenarkan anaknya berkongsi susu dengan orang lain. Seperti Maria dalam cerita tersebut yang tidak boleh menerima kenyataan apabila mengetahui anaknya disusukan oleh pembantu rumahnya, Halimah.

Penyusuan susu ibu (PSI) akhir-akhir ini dilihat seperti suatu konflik. Bermula dengan kisah seorang blogger yang menganggap perbuatan ibu-ibu yang berkongsi kisah tentang PSI secara terbuka sebagai perbuatan lucah dan tidak bermoral. Kemudian timbul pula perdebatan hangat di laman sosial apabila seorang ustazah yang mungkin telah khilaf dalam mengulas isu DNA susu lembu dan kemudian dihentam hebat oleh golongan ibu-ibu yang tidak berpuas hati akan hal itu.

Kerana semua isu ini, sejujurnya saya berasa bimbang untuk menulis jurnal penyusuan Nur Khadijah seperti dalam entry yang lepas kerana saya sedar, masih ada segelintir golongan yang belum begitu terbuka dengan PSI dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Dan saya nekad, saya hanya akan berkongsi perjalanan penyusuan saya dengan rakan-rakan saya sekiranya ada yang bertanya, dan selebihnya biarlah saya kongsikan dalam blog ini, berkongsi dengan mereka yang tidak mengenali saya.

Isu tentang PSI ini pernah terjadi kepada diri saya sendiri. Pernah saya ditegur oleh seorang rakan saya ketika menyusukan Khadijah di khalayak. Kata rakan saya itu, dia malu untuk menyusukan anaknya seperti yang saya lakukan. Dia hanya akan menyusukan anaknya di rumah dan bila di luar, dia akan menyusukan anaknya menggunakan botol susu.

Sewaktu ditegur, saya hanya mendiamkan diri, tidak membantah, tiada kecil hati, dan tidak berasa malu. Saya kira saat itu saya perlu menghormati pandangannya. Mungkin benar, PSI di khalayak dikatakan sebagai perbuatan yang menjengkelkan bagi sesetengah pihak. Tapi bukan suatu masalah bagi saya kerana setiap kali menyusukan Khadijah, saya sentiasa mendapat restu suami, memakai baju yang mempunyai akses penyusuan dan yang paling penting menutup aurat. Masa kali pertama saya menyusukan Khadijah di khalayak, saya banyak bergantung kepada nursing cover. Hinggalah saya telah mahir untuk menyusukan Khadijah, barulah saya tidak perlu bergantung kepada nursing cover lagi dan menggunakan tudung saya sahaja untuk meng'cover' proses penyusuan itu.

Saya akui, masih ada mata-mata yang memandang sinis perbuatan saya menyusukan Khadijah di khalayak itu. Paling aneh, yang memandang saya berkali-kali itu adalah kaum wanita yang juga seorang ibu. Untuk mengatasi rasa tidak senang ini, sekiranya perlu, saya akan menyusukan Khadijah di bilik penyusuan (jika ada). Tapi dalam kebanyakan waktu, saya akan menyusukan Khadijah bila mana Khadijah perlu tanpa mempedulikan pandangan manusia itu. Kerana seperti yang pernah saya janjikan sebelum ini, demi menebus kesilapan yang lalu, saya nekad ingin menyusukan Khadijah dan menunaikan haknya di mana pun jua dan pada bila-bila masa. Biarlah seribu aral melintang patah, saya tidak mahu mengalah.

Selain isu menyusukan Khadijah di khalayak, saya juga pernah dilanda isu lain. Isu berkaitan 'Ibu Susuan'. Gara-gara mengalami 'over supply' selepas habis pantang, saya bingung bila freezer mula penuh dengan stock EBM. Dan untuk mengatasi masalah itu awalnya, saya pernah menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan kepada anak seorang hamba Allah ini. Dan tanpa diduga, ibu tersebut terus menolak permintaan saya dengan alasan bahawa perbuatan memberikan anaknya untuk disusukan saya adalah perbuatan menggelikan. Paling mengguris hati apabila dia mengatakan dia lebih sanggup memberi anaknya direct susu dengan lembu dari disusukan saya. Sungguh saya rasa tersentap dan berasa malu saat itu.

Sejak hari itu, saya tidak berani lagi menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan kepada anak sesiapa pun melainkan anak saudara dan anak sahabat saya yang meminta dengan saya sendiri. Dan Edy juga minta saya lebih berhati-hati untuk berkongsi atau bercerita tentang PSI dengan orang lain kerana bukan semua orang bisa menerimanya, kerana mungkin mereka lebih tahu mana yang baik untuk anak mereka sendiri. Pernah sekali saya menziarahi anak seorang hamba Allah yang baru lahir, saya lihat sendiri bagaimana ibu tersebut salah dalam mengendalikan EBMnya. Tapi tah kenapa, saat itu mulut saya terkunci, takut untuk berkata apa-apa. Saya hanya membisukan diri dan hanya akan memberi pendapat sekiranya ditanya sahaja. Saya tahu perbuatan saya itu salah, tapi saya tidak mahu terguris lagi dan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Saya akui saya bukanlah seorang pejuang PSI sejati. Cukuplah sekadar saya mempertahankan hak menyusukan Nur Khadijah dan menjadi pejuang PSI buat anak yang dicintai.

Jurnal Penyusuan Nur Khadijah akan terus saya karang buat tatapan anakanda dan diri saya sendiri sekiranya ada hari-hari yang saya perlu kembalikan memori terhadap apa yang telah saya usahakan untuk menyusukan Nur Khadijah dengan izin Allah SWT. Pernah saya mengalami kemeruduman bila Allah menarik sedikit nikmat sihat dan saya diuji dengan batuk yang teruk sewaktu musim jerebu. Jika selalunya saya membawa pulang 3 botol (3 x 5oz) sehari, sewaktu saya tidak sihat, saya hanya mampu membawa pulang 2 botol (2 x 4oz) untuk 3 kali sesi perahan dan paling dahsyat saya pernah membawa pulang hanya 1 botol (3oz) sahaja. Namun saya masih bersyukur, masih ada lagi nikmat rezeki susu buat Nur Khadijah walaupun sedikit. Syukur saat saya mengalami kemeruduman teruk itu, stock frozen EBM sejak bulan 7 masih belum digunakan (saya simpan dalam deep freezer). Kerana bekalan stock EBM itulah saya terus kembali bersemangat dan saya tahu usaha perlu diteruskan tanpa putus asa seperti mana yang saya pernah lakukan sewaktu cuti bersalin. Maka, saya berikhtiar untuk melakukan power pumping, menjaga kesihatan, dan paling penting pemakanan dan minuman saya. Alhamdulillah, berkat usaha power pumping setiap hari, stock fresh EBM kembali ada dan kesihatan saya semakin pulih.

Saya akur sekiranya tidak semua orang dapat menerima penulisan saya tentang PSI ini. Dan seperti yang saya katakan, Jurnal Penyusuan Nur Khadijah akan diteruskan juga untuk diri saya sendiri dan rakan-rakan yang memerlukan. Selain usaha saya berTTC sebelum ini, inilah satu usaha lain yang sentiasa membara dalam jiwa seorang ex-TTCian untuk melakukan yang terbaik buat anak yang dinanti-nantikan sekian lama. Tidak perlu mengeluh, hanya kenang segala yang telah kita lalui selama ini. Pasti ada ganjaran dari-Nya nanti.

Berjumpa di entry lain. In shaa Allah.


Wassalammualaikum w.b.t

Click! Click! Click!